Pages

14 May, 2012

Pengguna Twitter Diberi Amaran

LONDON: Internet bukanlah zon bebas undang-undang.
Peguam Negara Britain, Dominic Grieve, memberi awaran kepada pengguna Twitter, dia tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang ke atas mana-mana tulisan di Twitter yang melampau.
Grieve, Ketua Penasihat Kerajaan di England dan Wales, berkata demikian berikutan beberapa siri kes mahkamah berprofil tinggi yang melibatkan komen yang dimuat naik ke dalam laman blog mikro itu.
“Kalau seseorang pergi ke pub membawa bersamanya kertas bercetak dan mengedarkannya, maka tiada bezanya dengan mereka yang menulis di Twitter,” katanya.
“Satu kesalahan besar sekiranya anda merasakan selamat dari undang-undang hanya kerana anda menulis tanpa nama,” katanya.
Grieve berkata, “Saya tidak mahu mengambil tindakan undang-undang tetapi saya rasa perlu untuk mengelakkan jenayah seperti gangguan perkauman yang melampau, maka saya tidak akan teragak-agak untuk berbuat demikian.” – BBC

26 April, 2012

Virus terbaru mampu curi kata laluan Facebook

BOSTON: Penggodam membanjiri Internet dengan spam dicemari virus yang mensasarkan kira-kira 400 juta pengguna Facebook.
Ia dibangunkan dengan tujuan khusus iaitu mencuri kata laluan perbankan dan mengumpul maklumat sensitif pelanggan.
Menurut pembangun perisian anti-virus, McAfee Inc, pelanggan akan menerima e-mel mengarahkan kata laluan akaun Facebook perlu diset semula, di mana pengguna diarahkan membuka lampiran supaya daftar masuk baru (login) diperoleh. Syarikat itu berkata, sekiranya lampiran itu dibuka, ia akan memuat turun beberapa jenis perisian yang boleh mengancam keselamatan maklumat penting seperti kemungkinan kata laluan dicuri.
Sementara itu, jurucakap Facebook, berkata syarikat itu tidak dapat memberikan ulasan lanjut berhubung kes terbabit, tetapi mengarahkan pihak media untuk mengunjungi laman webnya bagi mendapatkan maklumat terkini seperti memberi amaran kepada pengguna berhubung e-mel palsu dan menyarankan supaya membuang e-mel terbabit. – www.reuters.com

 P/S : Tidak perlu meletakkan detail penting diri dalam laman sosial.Cukup nama samaran @ nickname yang dikenali rakan.

sumber:-  http://doktorkomputer.wordpress.com

25 April, 2012

SKMM – Angka Laman Web Di Godam Meningkat

Hari ini, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia telah pun mengumumkan yang mana angka laman web Malaysia yang telah digodam untuk bulan ini telah mencapai 268 laman web, berbanding bulan lepas yang hanya 168 laman web sahaja.
Untuk mengurangkan dan mengelakkan laman web tempatan daripada terus digodam oleh pengodam luar, SKMM meminta agar pemilik laman web tempatan agar menaik-taraf sekuriti untuk aplikasi web dan juga server mereka. Lebih-lebih lagi, menjelang musim perayaan ini, dimana ramai yang akan bercuti, meninggalkan laman web mereka untuk suatu tempoh yang sedikit lama, sekaligus mendedahkannya kepada bahaya digodam.
Untuk para pengguna WordPress, anda dinasihatkan untuk mengemaskini pemasangan anda kepada yang terkini, iaitu WordPress 3.0.1. Perkara yang sama juga dinasihatkan untuk para pengguna pemasangan CMS sendiri, seperti Joomla, Drupal dan sebagainya.

24 April, 2012

Laman sesawang presiden digodam


MANILA: Filipina berkata, sekumpulan penggodam China menyerang tiga laman sesawang dikendalikan pejabat Presiden Benigno Aquino, semalam.
Serangan itu berlaku sejurus selepas kerajaan berkata, mereka akan menyatakan kebimbangan kepada Amerika Syarikat ekoran peningkatan ketegangan berhubung isu sempadan dengan China. Pejabat presiden berkata, berlaku peningkatan ketara trafik dengan permintaan palsu untuk URL laman sesawang rasmi mereka.

Turut menjadi mangsa, dua laman sesawang lain yang dikendalikan pasukan komunikasi Aquino. “Maklumat diperoleh melalui analisis data menunjukkan, serangan itu datang dari alamat protokol Internet yang dihubungkan ke rangkaian China,” kata kenyataan itu. - AFP

sumber:- www.hmetro.com.my/ 

21 April, 2012

Bajet Bijak: Bijak belanja

Kaji antara risiko, pulangan pelaburan demi masa depan

MENABUNG dalam akaun simpanan atau simpanan tetap adalah pelaburan paling selamat. Pulangan atau kadar faedah adalah rendah berbanding pelaburan lain tetapi ia tanpa risiko.
Anda boleh tidur dengan lena tanpa perlu bimbang dengan pelaburan berkenaan. Dengan menyimpan wang dalam akaun simpanan atau simpanan tetap, anda mungkin tidak dapat membina kekayaan secepat dimahukan.
Sungguhpun pelaburan lain dapat memberi pulangan yang lebih baik, ia mempunyai risiko yang lebih tinggi. Ini kerana berkemungkinan besar pelaburan itu akan jatuh nilainya.

Sebagai contoh, jika anda melabur wang dalam pasaran saham, anda menghadapi risiko besar untuk kehilangan wang berbanding menyimpannya dalam akaun simpanan.

Harga saham yang turun naik bergantung kepada beberapa faktor. Anda mungkin membeli saham syarikat pada harga RM5 sesaham, tetapi harga terbabit mungkin naik kepada RM7 atau turun kepada RM2.

Apabila melaburkan wang, kita memang mengharapkan pulangan. Kadar pulangan atas pelaburan biasanya dikira dalam peratusan tahunan.
Jika membeli saham pada harga RM10 sesaham dan harga naik kepada RM10.80 selepas setahun, kadar pulangannya adalah sebanyak 8 peratus.

Pulangan sebenar pelaburan adalah selepas menolak segala perbelanjaan yang berkaitan. Sebagai contoh, jika anda membeli rumah dan kemudian menjualnya, anda hanya dapat memastikan pulangan yang diperoleh selepas menolak kos seperti yuran guaman, komisen ejen, duti setem dan faedah pinjaman bank.

Ingat apabila memilih pelaburan, semakin tinggi pulangannya, semakin tinggi risikonya.

Bajet cara Adam

Minggu lepas, kita telah sama-sama menerokai pengalaman hidup Adam di kolej dan melihat bagaimana dia membiayai pelajarannya sendiri melalui pinjaman pelajaran serta memberi tuisyen secara sambilan.

Minggu ini pula, kita akan bersama Adam apabila dia memulakan pengalaman baru dalam dunia pekerjaan dan kisah percintaannya.

NAMANYA dipanggil dan Daniel menyiku rakan karibnya, Adam. Tumpuan Adam ketika itu adalah pada Aida, gadis yang duduk di bahagian tengah dewan.

Adam memikirkan cara merakamkan gambar bersamanya. Bagaimanapun, Adam cepat-cepat bangkit lalu naik ke pentas untuk menerima sijilnya. Ini adalah detik yang amat membanggakan bagi Adam serta keluarga.

Adam akhirnya berjaya mendapat ijazah dengan kepujian dan tawaran pekerjaan tetap. Kemudian, pada jamuan sambutan yang diadakan, Adam memberanikan diri untuk meminta Aida bergambar bersama dan bertukar nombor telefon. Mereka berjanji untuk terus berhubung dari masa ke masa...

Adam memulakan kerjayanya di salah sebuah daripada lima firma perakaunan terbesar dan dia sangat sibuk dengan kerjanya. Adam dibayar gaji permulaan RM2,500 sebulan. Dengan bekerja lebih masa serta tuntutan lain, Adam mendapat gaji purata sebanyak RM 3,000 sebulan.

Kini, Adam mempunyai lebih banyak pendapatan yang boleh diguna. Tetapi, Adam masih mempunyai komitmen lain yang perlu difikirkan. Dia mengambil keputusan untuk menyemak semula belanjawannya seperti berikut:

Pendapatan (RM)
Gaji 2,500

Perbelanjaan (RM)
Tabungan 250
Pembayaran semula PTPTN 150
Ibu bapa 500
Makanan 500
Pakaian dan Hiburan 500
Pengangkutan 200
Bil Telefon 100

Jumlah pendapatan 2,500
Jumlah perbelanjaan 2,200
Baki 300

Gaji bawa pulang bersih tolak sumbangan KWSP, SOCSO dan cukai

Kita dapat perhatikan bahawa Adam meletakkan tabungan sebagai perkara pertama di lajur perbelanjaan. Ini selaras dengan prinsip bahawa kita haruslah selalu membayar pada diri kita dulu. Oleh itu, Adam memastikan dia meneruskan pelaburannya dalam amanah saham. Malah, kali ini dia menambahkan tabungan berkala kepada 10 peratus daripada gajinya.

Adam ada membaca beberapa buku perancangan kewangan yang menyatakan bahawa seseorang haruslah menabung sekurang-kurangnya 10 peratus atau lebih daripada pendapatannya berbanding jumlah caruman KWSP mereka.

Malah ada sesetengah perancang kewangan yang menyarankan kita menabung separuh daripada pendapatan kita. Ini termasuk caruman wajib KWSP daripada majikan dan pekerja yang berjumlah 23 peratus untuk kebanyakan pekerja, yang bermakna kita perlu menabung jumlah selebihnya sebanyak 27 peratus daripada pendapatan kasar.

Ini pastinya suatu permintaan yang agak mustahil bagi ramai orang, khususnya mereka yang mempunyai anak, tetapi pengorbanan sedemikian dapat menjamin masa persaraan yang selesa.

Perkara kedua pada senarainya adalah pembayaran semula pinjaman PTPTN. Dengan menggunakan kalkulator pinjaman di web PTPTN (http://www.ptptn.gov.my), Adam perlu membayar kira-kira RM150 sepanjang tempoh 180 bulan, pada kos pentadbiran sebanyak 1 peratus setahun.

Sebagai siswazah yang bertanggungjawab, sebaik saja dia menerima cek gaji pertamanya, Adam mula membayar balik pinjamannya, tanpa menunggu untuk surat tuntutan bagi pinjaman berkenaan.

Adam fikir sekiranya dia melambatkan atau lebih teruk lagi, tidak mengendahkan pembayarannya, dia seolah-olah merampas peluang mahasiswa lain yang sangat memerlukan dana berkenaan. Lebih-lebih lagi, ia menghadapi risiko disenaraihitamkan daripada memohon pinjaman pada masa depan.

Disebabkan Adam menetap bersama ibu bapanya, Adam dapat berjimat daripada belanja sewa. Jika tidak, Adam perlu membelanjakan kira-kira RM300 untuk menyewa sebuah bilik di ibu kota.

Dengan penjimatan itu, Adam memutuskan untuk memberi ibu bapanya RM250 setiap orang untuk menampung belanja makanan dan penginapannya.

Sememangnya ia suatu tindakan yang menguntungkan kedua belah pihak kerana sambil membuat jasa pada ibu bapanya, Adam dapat berjimat.

Adam memperuntukkan RM500 untuk belanja makan di luar rumah, terutama bagi makan tengah hari dan malam jika perlu kerja lewat. Anggaran kos makanannya ialah RM20 sehari bagi 25 hari kerja dalam sebulan.

Adam juga ketepikan RM500 untuk belanja pakaian dan hiburan. Ini kerana pastinya, Adam sering keluar makan atau keluar bersama-sama rakan sekerjanya dan RM100 boleh dihabiskan sekali gus.

Adam juga mempunyai niat untuk membeli kereta tetapi ingin menabung lebih banyak wang supaya dapat mengeluarkan bayaran pendahuluan yang lebih besar untuk kereta pertamanya.

Ketika ini, Adam menggunakan pengangkutan awam atau menumpang rakan-rakan sekerjanya yang memandu. Seperti dulu, Adam mendapatkan Kad Perjalanan Bulanan, iaitu pas perjalanan bersepadu untuk bas awam dan LRT pada harga RM135 sebulan. Dia membundarkan jumlah ini kepada RM200 dan selebihnya untuk meliputi tambang teksi.

Adam juga menetapkan bajet RM100 bagi bil telefon bimbitnya yang pastinya akan bertambah dengan berkembangnya kehidupan sosialnya.

Selepas mengambil kira kesemua perbelanjaan yang dapat diramalkan, Adam gembira apabila mendapati dia masih mempunyai baki lebihan sebanyak RM300 setiap bulan.

Ketika memikirkan cara untuk membelanjakan wang secara produktif, dia terbaca suatu artikel dalam majalah kewangan peribadi yang menekankan keperluan setiap dewasa yang bekerja memiliki polisi insurans.

Adam membuat kajian mengenai jenis-jenis polisi yang paling sesuai buat dirinya dan selepas meneliti beberapa pilihan, Adam membuat keputusan mendapatkan polisi insurans.

Adam mampu mengetepikan 10 peratus daripada gajinya kerana polisi insurans pilihannya juga berfungsi sebagai alat penabungan tetap.

Oleh itu, dengan belanjawan kira-kira RM250 sebulan, Adam dapat membeli insurans bagi dirinya dan insurans perubatan yang disertakan dengan kad perubatan.

Kad perubatan akan merangkumi kos rawatan hospital dan pembedahan jika Adan dimasukkan ke hospital. Walaupun Adam mendapat perlindungan insurans daripada syarikatnya, dia rasa dia harus mendapatkan perlindungan insurans sendiri sebagai suatu sandaran keselamatan.

Sekarang dengan peruntukan ini, Adam boleh menggunakan hampir keseluruhan pendapatannya secara produktif.

sumber:- http://www.bharian.com.my

Artis meriahkan Jom Santai Fiesta Hari Buruh

BERSEMPENA sambutan Hari Pekerja pada 1 Mei ini, program berkaitan kesenian dan riadah akan diadakan serentak selama empat hari yang menyaksikan artis dan masyarakat saling bekerjsama dalam Karnival Jom Santai - Fiesta Hari Buruh di Port Dickson pada 28 April hingga 1 Mei ini.

Antara artis yang dijangka bakal menyerikan acara berkenaan ialah Ramli Sarip, Ifa Radziah, Roslan Shah, Royce Saayan, Nassier Wahab, Ika Razman, Chef Yang Jamil, Poey Stings, selain bakat baru, Fit Hamzah.
Program berkenaan menyaksikan kerjasama Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) dengan kerjasama Anita Entertainment & Productions (AEP) menerusi karnival yang diadakan di Dataran Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan.
Jurucakap penganjur, Mohd Noor Ariffin, berkata program itu adalah lanjutan Siri Jelajah Selebriti & Media yang dianjurkan menerusi penjelajahannya ke setiap pelosok pelancongan di Malaysia dengan pengisian acaranya lebih bermakna kali ini.

“Karnival Fiesta Santai Hari Buruh ini di Dataran Kemang, Port Dickson bakal dihiasi kemeriahan acara dan sambutan lebih 20,000 pengunjung. Kali ini penganjur bersama karnival menjalinkan kerjasama untuk mengeratkan hubungan masyarakat dengan anak seni, selain menjadi medan tumpuan mengukuhkan ikatan kekeluargaan.

“Pelbagai aktiviti akan diadakan pihak penganjur, MPPD dan AEP bagi mengajak orang ramai berkunjung ke pantai peranginan di Port Dickson dengan pengisian aktiviti berbentuk pelajaran, pengetahuan am, gerai jualan, persembahan hiburan artis dan kebudayaan, pertandingan aerobicton, demonstrasi sukan Muay Thai, demonstrasi visual pelancongan dan promosi Persona Resort, Taman Negara Sibu Island Resort dan Tunjuk Laut Beach Resort dari Johor.

“Di samping itu, kami turut mendapat kerjasama khas daripada penginapan rasmi, Mayang Sari Resort & Spa, Port Dickson dan Jabatan Pertahanan Awam Telok Kemang, selain diadakan gerai jualan kraftangan daripada sektor jabatan kerajaan, Jualan Jumbo, kelengkapan sekolah, Pertunjukan Autoshow, pertunjukan motor retro, pameran, Karaoke Pop Yeh-Yeh, persembahan tarian tradisional yang didatangkan khas dari Persona Resort, Taman Negara Pahang,” katanya.
Acara perasmian pembukaan Karnival Santai Fiesta Hari Buruh ini akan dirasmikan Yang Dipertua MPPD, Abdul Wahab Shamsudin pada 30 April. Acara kemuncak malam pembukaan selama empat hari karnival itu bakal diserikan artis termasuk Royce Saayan, Nassier Wahab, Ika Razman, Chef Yang Jamil, Poey Stings, selain bakat baru, Fit Hamzah.

“Penganjur juga merancang mengundang Papa Rock, Ramli Sarip untuk menghiburkan pengunjung pada sambutan Hari Buruh pada 1 Mei ini. Pengacara Khas yang bakal memeriahkan sambutan karnival ini ialah Roslan Shah dan Ifa Radziah
“Pertandingan karaoke Pop Yeh-Yeh akan memberi peluang kepada mereka yang berminat dan merebut hadiah wang tunai keseluruhan bernilai RM5,000 berserta trofi dan sijil. Bagi pihak penaja, peniaga mahupun artis serta penggiat industri hiburan yang berminat turut serta dalam acara di Teluk Kemang ini atau acara berikutnya dianjurkan pada 11 – 13 Mei ini di Karnival Tanjung Leman di Tunjuk Laut Beach Resort dan pantai Tanjung Leman, boleh hubungi urus setia di talian 012 – 256 1617 atau 012- 3618749 ,” kata Mohdf Noor.

 sumber:- http://www.bharian.com.my

18 April, 2012

Apa itu blog?

Ramai lagi yang masih tertanya-tanya. Apa itu blog? Perkataan 'blog' sering keluar dari mulut pemimpin negara kita sejak akhir-akhir ini. Mungkin kerana ada pihak yang menyalahgunakan blog untuk tujuan tersendiri. Oleh kerana ada blog yang percuma dan mudah untuk didaftarkan, seseorang boleh mencipta pelbagai blog dalam masa yang singkat.
Berbalik kepada persoalan 'apa itu blog?', blog adalah singkatan daripada perkataan 'web log'. Mungkin anda biasa dengar dua perkataan ini. Contohnya buku log... atau buku catatan, jadi secara amnya web log @ weblog adalah buku catatan secara dalam talian (online). Sebagaimana sebuah diary yang ditulis setiap hari.

Dengan blog, anda boleh menyuarakan pendapat atau idea anda secara terus ke alam maya, dengan cara ini anda juga mampu membentuk satu komuniti yang mungkin mempunyai idea atau minat yang sama. Kaedah perkongsian idea ini boleh menjana lebih banyak idea yang sudah tentunya banyak itu lebih baik daripada satu.

sumber:- http://binablog2.blogspot.com

17 April, 2012

Salam 1 Malaysia

Assalamualaikum

saya baru nak berjinak2 dengan blog dan baru nk bermula tapi belum ada idea lagi apa yang nak diletakkan di blog ni. saya harap satu hari nanti blog ni penuh dengan maklumat dan perkongsian yang menarik.