BOSTON: Penggodam membanjiri Internet dengan spam dicemari virus yang mensasarkan kira-kira 400 juta pengguna Facebook.
Ia dibangunkan dengan tujuan khusus iaitu mencuri kata laluan perbankan dan mengumpul maklumat sensitif pelanggan.
Menurut pembangun perisian anti-virus, McAfee Inc, pelanggan akan
menerima e-mel mengarahkan kata laluan akaun Facebook perlu diset
semula, di mana pengguna diarahkan membuka lampiran supaya daftar masuk
baru (login) diperoleh. Syarikat itu berkata, sekiranya lampiran itu
dibuka, ia akan memuat turun beberapa jenis perisian yang boleh
mengancam keselamatan maklumat penting seperti kemungkinan kata laluan
dicuri.
Sementara itu, jurucakap Facebook, berkata syarikat itu tidak dapat
memberikan ulasan lanjut berhubung kes terbabit, tetapi mengarahkan
pihak media untuk mengunjungi laman webnya bagi mendapatkan maklumat
terkini seperti memberi amaran kepada pengguna berhubung e-mel palsu dan
menyarankan supaya membuang e-mel terbabit. – www.reuters.com
P/S : Tidak perlu meletakkan detail penting diri dalam
laman sosial.Cukup nama samaran @ nickname yang dikenali rakan.
sumber:- http://doktorkomputer.wordpress.com
26 April, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 komen:
Post a Comment