LONDON: Internet bukanlah zon bebas undang-undang.
Peguam Negara Britain, Dominic Grieve, memberi awaran kepada pengguna
Twitter, dia tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang
ke atas mana-mana tulisan di Twitter yang melampau.
Grieve, Ketua Penasihat Kerajaan di England dan Wales, berkata
demikian berikutan beberapa siri kes mahkamah berprofil tinggi yang
melibatkan komen yang dimuat naik ke dalam laman blog mikro itu.
“Kalau seseorang pergi ke pub membawa bersamanya kertas bercetak dan
mengedarkannya, maka tiada bezanya dengan mereka yang menulis di
Twitter,” katanya.
“Satu kesalahan besar sekiranya anda merasakan selamat dari undang-undang hanya kerana anda menulis tanpa nama,” katanya.
Grieve berkata, “Saya tidak mahu mengambil tindakan undang-undang
tetapi saya rasa perlu untuk mengelakkan jenayah seperti gangguan
perkauman yang melampau, maka saya tidak akan teragak-agak untuk berbuat
demikian.” – BBC
14 May, 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)