Ramai lagi yang masih tertanya-tanya. Apa itu blog? Perkataan 'blog'
sering keluar dari mulut pemimpin negara kita sejak akhir-akhir ini.
Mungkin kerana ada pihak yang menyalahgunakan blog untuk tujuan
tersendiri. Oleh kerana ada blog yang percuma dan mudah untuk
didaftarkan, seseorang boleh mencipta pelbagai blog dalam masa yang
singkat.
Berbalik kepada persoalan 'apa itu blog?', blog adalah
singkatan daripada perkataan 'web log'. Mungkin anda biasa dengar dua
perkataan ini. Contohnya buku log... atau buku catatan, jadi secara
amnya web log @ weblog adalah buku catatan secara dalam talian (online).
Sebagaimana sebuah diary yang ditulis setiap hari.
Dengan blog,
anda boleh menyuarakan pendapat atau idea anda secara terus ke alam
maya, dengan cara ini anda juga mampu membentuk satu komuniti yang
mungkin mempunyai idea atau minat yang sama. Kaedah perkongsian idea ini
boleh menjana lebih banyak idea yang sudah tentunya banyak itu lebih
baik daripada satu.
sumber:- http://binablog2.blogspot.com
18 April, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 komen:
Post a Comment